Kenali Dagang Wecaksana
Syarikat Bumiputera Diperbadankan Pada 2022
Mengenai Dagangwe
Selamat datang ke dunia Dagang Wecaksana atau 'Dagangwe' yang akan menggembirakan, nama yang bermaksud komitmen dan kepuasan.
Kami adalah syarikat Bumiputera yang akan meningkatkan pembangunan perniagaan usahawan kecil dan baru hendak mula berniaga yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Dagangwe adalah perniagaan perdagangan pintar di mana, bila, siapa, mengapa dan bagaimana dari perniagaan kecil hinggalah berkembangnya perniagaan tersebut bersama kami.
Dagangwe akan membeli bagi pihak anda, anda pilih, anda tentukan, dan kami membawa produk anda dari kilang dengan harga borong ke depan pintu perniagaan anda atas persetujuan. Dagangwe menyasarkan fokus pada segmen B2B atau dari usahawan ke usahawan untuk memahami keperluan anda. Kami menyasarkan pelbagai industri termasuk perniagaan dalam talian, kedai-kedai kecil sederhana, kasut, pakaian, beg, jaket, peralatan dapur, permaidani, basikal, skuter, peralatan perkahwinan, mainan kanak-kanak dan dengan pelbagai lagi sektor. Dagangwe mencadangkan dan menyasarkan produk yang sesuai untuk perniagaan anda termasuk bajet dan minat anda.
Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang kami menumpang lalu, Dagangwe pilihan yang tepat, Sama-samalah kita ke arah lebih maju...
Menggerakkan Perniagaan Anda

Visi
Kami berusaha untuk mencipta peluang, pertumbuhan dan beri impak tempatan di setiap negeri di seluruh negara.
Misi
Untuk memberi usahawan atau pelanggan pengalaman harga borong yang berpatutan untuk pembelian yang paling menarik.
Nilai
Kami berpegang pada amalan perniagaan beretika yang konsisten dengan misi dan nilai teras kami seperti integriti, kepelbagaian dan kecemerlangan